Wednesday, May 17, 2017

HOMESTAY KOMUNITI KG BINJAI



Komuniti telahpun mengemukakan borang pendaftaran Homestay bagi menubuhkan Homestay Kg. Binjai dan sedang menunggu proses dan kelulusan daripada pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Bagi menarik pelancong asing dan tempatan ke Kg. Binjai, sebuah kolam milik penduduk tempatan telah dijadikan kolam rekreasi air.

Pihak Kelab Sukan dan Kebajikan Pekerja Majlis Daerah Jerantut telah menyediakan peralatan dan kelengkapan sukan air serta kemudahan prasarana dan bersetuju melantik pihak Komuniti sebagai rakan kongsi bagi mengendalikan operasinya.

Bagi aktiviti air sebanyak 4 buah 'paddle boat' dan 2 buah 'kanoe' disediakan. Selain itu 1 buah 'Water Zolbing Ball' turut disediakan bagi kegunaan pengunjung dengan bayaran yang berpatutan.

Selain dari mewujudkan 'Taman Rekreasi Air Kg. Binjai', komuniti juga meneroka dan membina denai / laluan hutan untuk jungle aktiviti trekking / meredah hutan di hutan berhampiran.

Ahli komuniti juga mengambil inisiatif berkongsi membeli basikal 'mountain bike' untuk disewakan kepada pelancong yang mengemari aktiviti berkenaan.

Pada masa akan datang, pihak komuniti bercadang mengadakan beberapa buat 'ATV' untuk sewaan pelancong, bagaimanapun laluan khas bagi aktiviti berkenaan akan disiapkan terlebih dahulu.

1 comment:

  1. The Jackpot City Casino Site Review for 2021
    Our casino site review is based on a comprehensive review from casino expert. We present a 100% up to R500 Welcome Bonus! luckyclub ▻ We have

    ReplyDelete