Visi dan Misi



Visi:

Menjadikan Kg. Binjai sebuah kampung yang maju dan membangun dengan kemudahan prasarana, menggerakkan para belia bagi memainkan peranan penting dalam komuniti, perkembangan ekonomi dan keusahawanan dikalangan ahli selaras dengan fokus Transformasi Luar Bandar dan menjadikan Kg. Binjai sebuah 'desa dalam taman'.


Misi:

1. Memberikan lebih banyak peluang kepada para belia dan generasi muda untuk terlibat dalam kepimpinan agar dapat lebih menyelami kehendak dan arahtuju mereka.

2. Menubuhkan koperasi yang akan bertindak sebagai perancang dan pelaksana serta ejen pembangunan kampung.

3. Menggalakkan lebih ramai masyarakat menyertai koperasi, terlibat dalam pertanian dan ternakan dengan teknik moden.

4. Menceburi bidang baharu Pelancongan Desa dengan memajukan 'Taman Rekreasi Air' serta Homestay Kg. Binjai.

5. Menggalakkan pertumbuhan IKS dalam bidang pembuatan makanan serta pertukangan kayu dan perabut.

No comments:

Post a Comment