Monday, May 29, 2017

TAMAN REKREASI AIR KG BINJAI



Atas inisiatif Penasihat Komuniti dan sokongan Ahli Komuniti sebuah 'Taman Rekreasi Air' telah diujudkan dengan sokongan dan usaha bersama Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Daerah Jerantut.

'Taman Rekreasi Air Kg Binjai' akhirnya telah jadi satu kawasan rekreasi air bagi warga Jerantut untuk beriadah di hujung minggu.

Banyak yang dapat dilakukan disini ... bermain 'paddle boat', kanoe, berakir serta 'Zolbing Ball'.

Pengunjung-pengunjung yang meminati aktiviti memancing juga boleh melakukannya disini. Terdapat banyak kolam-kolam yang menawarkan aktiviti memancing dengan bayaran yang berpatutan.

Aktiviti riadah lain yang boleh dilakukan adalah berbasikal sekeliling kampung, jungle trekking serta melawat 'Taman Buluh'.

Tempat minum juga disediakan berhampiran. Bagi pengunjung yang ingin membeli sesuatu sebagai buah tangan untuk dibawa pulang, beberapa produk hasil komuniti boleh didapati antaranya; acar rebung madu, sambal hitam, ikan salai dan ikan pekasam serta kuih bahulu dan barangan frozen.




PRODUK KOMUNITI

(Gambar hiasan)


Peserta komuniti banyak menghasilkan produk-produk makanan. Antaranya adalah 'acar buluh rebung madu', rebung jeruk, sambal hitam, ikan pekasam, ikan salai, kuih bahulu, cakes, makanan frozen seperti karipap, roti canai dan lain-lain.

Pelanggan boleh membuat tempahan terus kepada pengusaha di nombor yang tertera di pages berikut:

Acar Rebung Buluh Madu

Jeruk Rebung

Sambal Hitam

Ikan Salai

Ikan Pekasam

Bahulu

Makanan Sejuk-beku

Benih Tanaman


Sunday, May 28, 2017

KURSUS PENGENDALIAN BLOG




28.5.2017 - Kursus Pengendalian Blog telah diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Batu Embun bermula jam 9.00 pagi.

Walaupun berpuasa pada hari kedua namun peserta tetap bersemangat mempelajari mengendalikan blog. Diharap dengan adanya kursus ini, peserta-peserta bukan sahaja mampu mengendali dan menguruskan blog milik JKKK dan Komuniti bahkan berupaya untuk membuat blog milik peribadi bagi tujuan tertentu termasuklah menjual produk-produk keluaran mereka.

Seramai 3 orang mewakili Komuniti Kg. Binjai, 2 orang mewakili JKKK Sg. Par dan 6 orang mewakili beberapa JKKK lainnya.

Diharap juga satu kursus lanjutan akan dapat diadakan dalam waktu terdekat bagi menambah pengetahuan peserta.





Thursday, May 18, 2017

[FOTO] LAWATAN KE HOMESTAY KUALA MEDANG


31.10.2015 kita telah melawat Homestay Kg Kuala Medang, kini masanya utk kita tubuhkan Homestay kita pula. Mari hadiri Taklimat Penubuhan Koperasi dan Homestay yg akan diadakan pada jam 4.00 petang 27 Januari 2017 nanti. Pengarah Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia Negeri Pahang dan Ketua Wilayah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Jerantut akan hadir memberi penerangan. Mereka yang berminat juga turut dijemput hadir.











[ FOTO ] MESYUARAT POST MORTEM PROGRAM SANTAI KOMUNITI KG BINJAI BERSAMA YB ADUN DAMAK





(24.4.16) Lagi .... mesyuarat bawah pokok...antara agendanya; 1) Post mortem acara Santai Komuniti .... 2) Perancangan untuk komuniti.. Biarlah kita bermula dengan kecil... merangkak... berjalan baru berlari. Antara resolusi: 1) Terima kasih kpd Yb Adun Damak Dato Lau Lee atas sumbangan, kehadiran dan resmikan penubuhan komuniti, 2) Terima kasih kpd Yb Ahli Parlimen Hj Nazlan Idris atas sumbangan 3) Akan adakan latihan tarian tradisional kepada kanak2 komuniti 4) Akan mulakan ternakan itik secara perkongsian 5) Telah menamakan jalan2 kg dan akan memasang tanda nama jalan2 tersebut. Kita usahakannya sendiri....








 




[ FOTO ALBUM ] PROGRAM SANTAI KOMUNITI KG BINJAI BERSAMA YB ADUN DAMAK







Album program 'Santai Komuniti Kg Binjai bersama Adun Damak Yb Dato' Lau Lee pada 21hb April 2016.

Turut hadir adalah beberapa agensi antaranta; JKR Jerantut, Roadcare, Jabatan Pertanian Jerantut, Jabatan Perikanan Jerantut,.

Kemeriahan komuniti dalam program 'Santai Komuniti Kg Binjai bersama Adun Damak Yb Dato' Lau Lee pada 21hb April 2016 dirasai bersama oleh semua yang hadir.