Tuesday, February 21, 2017

KOMUNITI KG. BINJAI, JERANTUT



Bermula dengan idea kecil dan bermesyuarat dibawah pohon rambutan maka tercetuslah keinginan penduduk Kg. Binjai untuk berkumpul dan bersatu dibawah satu orginasasi yang dinamakan 'Komuniti Kg. Binjai'.

Sdr. Abd Azam b. Abd Rahman telah mengambil inisiatif mengadakan beberapa kali pertemuan dan akhirnya telah membuat ketetapan melantik beberapa orang sebagai jawatankuasa kerja.

Walau ada yang memandang sinis dan menganggap 'komuniti' ini memecah-celahkan perpaduan penduduk kampung, namun kita percaya usaha baik kita bukan mudah untuk berjaya tanpa sebarang cabaran.

Antara hasil dari usaha ini adalah ujudnya 'Taman Rekreasi Air Kg. Binjai, Jerantut' dan 'Ternakan Itik Telur' secara berkongsi iaitu asas kepada pembentukan sebuah koperasi.

Sekarang ini ahli-ahli komuniti sedang giat melakukan tanaman 'cili fertigasi' secara berkelompok dan diharapkan usaha ini akan menular ke seluruh penduduk kampung.  untuk menjadikannya tanaman sara diri.

Dalam waktu terdekat 'Koperasi Komuniti Kampung Binjai Berhad' akan tertubuh dengan rasminya setelah menerima kelulusan dari pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Mesyuarat Agung Penubuhan telahpun diadakan pada 12.5.2017 lalu.

Akhirnya terbukti dengan penubuhan koperasi kita berjaya menyatukan dua buah kampung (JKKK) untuk bersama-sama mencapai kejayaan dengan izin Allah - Insyallah.

Kita memandang jauh kehadapan dan ingin mencapai kemajuan dengan membantu mencapai agenda kerajaan 'Transformasi Luar Bandar' atas inisiatif Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.




No comments:

Post a Comment